
Author: Tan Yoke Khoon
Selamat Hari Baden Powell 2021
Peringatan!!!
Selamat bergembira di musim perayaan. Jangan lupa untuk amalkan norma baharu dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Kita semua berperanan penting dalam usaha mengawal penularan Covid-19. Jaga diri, keluarga dan masyarakat dalam lingkungan kita.
SOP PKP
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan.
Enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.


Penggal Persekolahan 2021
Pembelajaran secara bersemuka pada 20 Januari 2021 akan melibatkan murid 1 hingga Tahun 6 (sekolah rendah); pelajar Tingkatan 1, 4, 5 (2021), 5 (2020) dan 6 (2020) (sekolah menengah).
Pembelajaran secara bersemuka juga akan membabitkan pelajar Kolej Vokasional iaitu DVM dan SVM Semester 2 (2020) dan DVM dan SVM Semester 4 (2020).
Manakala pelajar Tingkatan 2 dan 3 akan mengikuti pembelajaran secara Home Based Learning.
Mereka akan kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021 nanti.
Tarikh kemasukan pelajar ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 pula, akan diumumkan kelak.
Majlis Penyerahan PusKeP
Pulau Pinang dalam senarai PKPB
Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri dari 9 November hingga 6 Disember berikutan peningkatan kes Covid-19.
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.
Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Penangguhan Segala Aktiviti Bersemuka





