
Daulat Tuanku

Untuk segala maklumat berkaitan dengan SMC


Bendahari Kumpulan (Bahagian Kewangan) akan menghantar emel notis penerimaan penyataan dan resit electronik (E-Resit) kepada ahli pengakap selepas menerima bayaran.
Peringatan Mesra
Yuran TIDAK AKAN dikembalikan setelah pembayaran dibuat.
Notis dan E-Resit akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan pada portal Pendaftaran Keahlian Pengakap 2020. Buka emel tersebut dan klik pada lampiran, cetakan E-Resit tersebut JIKA PERLU.
Sekiranya pihak Tuan atau Puan (Ibubapa) memerlukan penjelasan lanjut tentang pembayaran bagi Yuran Tahunan 2020 dan Pendaftaran Keahlian Tahunan 2020 , anda boleh menghubungi kami ataupun dapatkan bantuan melalui Perkhidmatan KBK (Khidmat Bantuan Kumpulan).
Untuk membolehkan anda sentiasa terlibat dalam Aktiviti Kumpulan/ Daerah/ Negeri/ Negara, anda akan menerima emel dari masa ke semasa, pastikan anda sentiasa KEMASKINI alamat emel anda dengan Bahagian Maklumat Kumpulan ataupun dapatkan maklumat TERKINI dengan melayari Laman Sesawang Rasmi Kumpulan https://40BM.scout.my.
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Pulau Pinang (NPP) akan menjalankan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan pada 7hb. March 2020 di Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang.
Pemimpin Pengakap, Penolong Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana yang berminat menyertai kursus ini, sila daftar sebelum tarikh tutup.
Semua ahli pengakap diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap pada kumpulan masing-masing setiap tahun.
Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran.
Majlis Pemimpin Kumplan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Tan Jing Kai dan saudara Tan Kean Yaw di atas pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah (Daerah Bukit Mertajam) yang baru berkuatkuasa mulai Januari 2020. Semoga Kumpulan Ke-40 Bukit Mertajam akan terus maju di bawah kepimpinan baharu ini.