Pulau Pinang dalam senarai PKPB

Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri dari 9 November hingga 6 Disember berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63

PENGAKAP
Marilah kita bersama-sama  kibarkan Jalur Gemilang

Amalkan Undang-undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap, marilah kita menghidupkan suasana Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara dilanda wabak Covid-19.

Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bersama-sama kita menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang Ke-63.

Malaysia Prihatin membawa pengertian cukup mendalam tentang semangat perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia memerangi pandemik COVID-19.

Merdeka Hike 2020

1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020

Merdeka Hike merupakan aktiviti tahunan PPM Negeri Pulau Pinang yang diadakan sempena bulan kemerdekaan.

Disebabkan oleh penularan Virus COVID-19, Merdeka Hike tahun ini akan diadakan secara maya dengan kriteria dan cara pentandingan yang baru.

Selaras dengan kempen Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PENANG LAWAN COVID-19, marilah kita bersama menantikan 1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020.

error: Content is protected !!