
Category: Kumpulan
Untuk segala maklumat berkaitan dengan Kumpulan
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63
PENGAKAP
Marilah kita bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang
Amalkan Undang-undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap, marilah kita menghidupkan suasana Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara dilanda wabak Covid-19.

Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bersama-sama kita menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang Ke-63.
Malaysia Prihatin membawa pengertian cukup mendalam tentang semangat perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia memerangi pandemik COVID-19.
Logo Hari Kebangsaan 2020
Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Pengakap NPP Tahun 2020
Majlis Pemimpin Kumplan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Tan Jing Kai di atas penerimaan Anugerah Khidmat Setia daripada Persekutuan Pengakap Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.
ANUGERAH KHIDMAT SETIA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)

Anugerah Khidmat Setia dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat setia yang terpuji kepada PPM Negeri Pulau Pinang.
Anugerah Khidmat Setia terdiri daripada pita dada dengan lebar 34.00 mm.
WAJIB Pakai “Face Mask”


Majlis Penyampaian
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-82

Pelancaran “E-Book”
Pelancaran ‘e-Book’ Garis Panduan Pengoperasian COVID-19
Siaran Rakaman Tertunda : 4 Julai 2020 bertempat di Rumah BP, Kuala Lumpur – Pelancaran ‘e-Book’ Garis Panduan Pengoperasian Secara Norma Baharu Bagi Mencegah Penularan COVID-19 Versi 1.0 Persekutuan Pengakap Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.
Merdeka Hike 2020
1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020
Merdeka Hike merupakan aktiviti tahunan PPM Negeri Pulau Pinang yang diadakan sempena bulan kemerdekaan.
Disebabkan oleh penularan Virus COVID-19, Merdeka Hike tahun ini akan diadakan secara maya dengan kriteria dan cara pentandingan yang baru.
Selaras dengan kempen Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PENANG LAWAN COVID-19, marilah kita bersama menantikan 1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020.

Daulat Tuanku



