Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Pengakap NPP Tahun 2020

Majlis Pemimpin Kumplan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Tan Jing Kai di atas penerimaan Anugerah Khidmat Setia daripada Persekutuan Pengakap Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.


ANUGERAH KHIDMAT SETIA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)

Anugerah Khidmat Setia dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat setia yang terpuji kepada PPM Negeri Pulau Pinang.

Anugerah Khidmat Setia terdiri daripada pita dada dengan lebar 34.00 mm.

Pelancaran “E-Book”

Pelancaran ‘e-Book’ Garis Panduan Pengoperasian COVID-19

Siaran Rakaman Tertunda : 4 Julai 2020 bertempat di Rumah BP, Kuala Lumpur – Pelancaran ‘e-Book’ Garis Panduan Pengoperasian Secara Norma Baharu Bagi Mencegah Penularan COVID-19 Versi 1.0 Persekutuan Pengakap Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Siaran Rakaman Tertunda :
4 Julai 2020 bertempat di Rumah BP, Kuala Lumpur – Pelancaran ‘e-Book’ Garis Panduan Pengoperasian Secara Norma Baharu Bagi Mencegah Penularan COVID-19 Versi 1.0 Persekutuan Pengakap Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin bin Bidin, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.
 
Sila layari pautan tertera untuk Garis Panduan yang penuh :

Merdeka Hike 2020

1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020

Merdeka Hike merupakan aktiviti tahunan PPM Negeri Pulau Pinang yang diadakan sempena bulan kemerdekaan.

Disebabkan oleh penularan Virus COVID-19, Merdeka Hike tahun ini akan diadakan secara maya dengan kriteria dan cara pentandingan yang baru.

Selaras dengan kempen Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PENANG LAWAN COVID-19, marilah kita bersama menantikan 1st Malaysia Scouts Virtual Hike 2020.

Pelancaran Lencana Peringatan Khas

Pelancaran Lencana Peringatan Khas Sempena Covid-19 Oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang Lencana Peringatan Khas Sempena Covid-19 dilancarkan bagi menyahut Kempen Penang Lawan Covid-19 yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai satu medium untuk memberikan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap akan kepentingan melawan Covid-19 dengan mengamalkan 1.Penjarakan Sosial 2.Pakai penutup hidung dan mulut 3.Kerap cuci tangan 4.Duduk di rumah Ini juga membolehkan ahli-ahli pengakap membantu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menyebarkan akan kepentingan dalam memutuskan rantaian Covid-19. Semua hasil jualan akan didermakan ke Tabung Penang Lawan Covid-19 sebagai tanda sokongan Pengakap Negeri Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalan melawan Covid-19.

Posted by Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang on Saturday, May 30, 2020

Pelancaran Lencana Peringatan Khas Sempena Covid-19 Oleh Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang Lencana Peringatan Khas Sempena Covid-19 dilancarkan bagi menyahut Kempen Penang Lawan Covid-19 yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai satu medium untuk memberikan kesedaran kepada ahli-ahli pengakap akan kepentingan melawan Covid-19 dengan mengamalkan

1.Penjarakan Sosial
2.Pakai penutup hidung dan mulut
3.Kerap cuci tangan
4.Duduk di rumah

Ini juga membolehkan ahli-ahli pengakap membantu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menyebarkan akan kepentingan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Semua hasil jualan akan didermakan ke Tabung Penang Lawan Covid-19 sebagai tanda sokongan Pengakap Negeri Pulau Pinang terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalan melawan Covid-19.

error: Content is protected !!