Pendaftaran Keahlian Tahunan 2020

Semua ahli pengakap diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap pada kumpulan masing-masing setiap tahun.

Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran.

(Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia)

Hari Merentas Desa Ke-19 SMKB 2020

Pihak Sekolah akan mengadakan Hari Merentas Desa kali Ke-19 pada 22hb. Januari (Rabu) akan datang ini bermula pada pukul 0730 hingga 1130.

Ahli Pengakap yang bertugas mestilah berkeadaan sihat tubuh badan serta diwajibkan mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Utamakan Keselamatan semasa menjalankan Tugas!

Jota Joti Tahun 2019

 

Jota Joti tahun ini (anjuran PPM NPP Daerah Bukit Mertajam) hanya sehari sahaja. Lapor diri pada awal pagi dan bersurai pada waktu malam. Mempunyai 6 acara pertandingan (Rujuk Muka Surat 3).

Ahli Pengakap yang berminat, sila jumpa PLC (Bahagian Sosial) dapatkan Borang Penyertaan secepat mungkin. 

error: Content is protected !!