
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.
Untuk lulus Lencana Keahlian, seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut:
- Peraturan Pakaian Seragam Pengakap.
- Prinsip Rukun Negara.
- Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
- Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.
- Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap.
- Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell.
- Simpulan & Ikatan
-
-
- Buku Sila (Reef Knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove Hitch)
- Tindih Kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round Turn & Two Half Hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
-
Selepas lulus ujian-ujian yang disebut, mereka perlu melalui satu istiadat untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.