4. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pegakap
Persetiaan Pengakap
Undang-undang Pengakap
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan menpunyai kehormatan diri.
- Pengakap adalah seorang yang Taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta Raja-raja dan kepada Pemimpin-pemimpin pengakapnya, Ibu Bapanya, Majikannya dan orang-orang dibawahnya.
- Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
- Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada Pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya.
- Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
- Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
- Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
- Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.
- Pengakap adalah bersih dan suci fikiranya, perkataannya dan perbuatannya.