Lencana Usaha

Sample Lencana Usaha

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti Berkhemah, Memasak, Mengembara, Kecergasan Jasmani, Kemahiran Pengakap dan Perkhidmatan.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui istiadat Meningkat Naik.

A. Cita-Cita Pengakap

  1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing.
  2. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing.
  3. Menaikkan Bendera.
  4. Orang-orang keenaman – Nama penuh DYMM Sultan / Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
  5. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap.

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

  1. Asas Perbarisan.
  2. Kawat Tongkat.
  3. Isyarat-Isyarat Tangan Pengakap.
  4. Halangan Komando.
  5. Melipat dan Mengibar Bendera.

C. Kemahiran Berpengakap

  1.    Menjaga dan Menyimpan Pisau serta Parang
  2.    Simpulan & Ikatan 
  3.       Undang-Undang Lalulintas Jalanraya.
  4.       Memilih Tapak Perkhemahan.
  5.       Keperluan Peribadi untuk Berkhemah.
  6.       Alatan Pertolongan Cemas Peribadi. 
  7.      Menghidupkan Api
  8.      Berkhemahan Sekurang-kurangnya 1 Malam.
  9.      Arah Mata Angin & Mengenali Peta Topo.
  10.      Isyarat Sulit Pengakap.
  11.      Mengembara sejauh 8 km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat Laporan bertulis dalam Buku Log. 

D. Kecenderungan & Minat

  1. Kraftangan.
  2. Plaster Cast.
  3. Rekod 12 Orang Sahabat Pena.

E. Perkhidmatan

  1. Balutan Anduh. – Melipat Kain Anduh, Anduh Tangan & Anduh Kaki. 
  2.  Tindakan Kecemasan.
  3. Memandu Orang.

 

*Sila Beri Perhatian*

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan – Lencana Usaha ini, Pengakap Muda dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Dua(2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minat dan kesukaan dalam aktiviti-aktiviti Lencana tersebut.

Sila Tekan Pautan dibawah untuk mendapatkan informasi Lencana Kepandaian tersebut.

error: Content is protected !!