Notis Perjumpaan Mingguan 活動通告 2020

Dukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan Pengakap Ke-40 Bukit Mertajam TIDAK akan mengadakan perjumpaan “diatas talian” pada hari Sabtu ini. 本团于这星期六举办“綫上”童軍活动。
Tarikh 日期 :
 26 Disember 2020 星期六
TIDAK
不舉辦
Kerjasama ahli-ahli Kumpulan Pengakap amat dihargai. Mohon maaf diatas segala kesulitan. 非常感谢全体团员们的合作及理解,不便之处,敬请谅解。

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan agar semua kegiatan sukan, kokurikulum, seminar, bengkel, taklimat dan program-program lain yang melibatkan guru dan murid secara bersemuka ditangguhkan.


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
復蘇式行動管制令
countdownmail.com

Pulau Pinang dalam senarai PKPB

Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri dari 9 November hingga 6 Disember berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-63

PENGAKAP
Marilah kita bersama-sama  kibarkan Jalur Gemilang

Amalkan Undang-undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap, marilah kita menghidupkan suasana Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara dilanda wabak Covid-19.

Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bersama-sama kita menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang Ke-63.

Malaysia Prihatin membawa pengertian cukup mendalam tentang semangat perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia memerangi pandemik COVID-19.

Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Pengakap NPP Tahun 2020

Majlis Pemimpin Kumplan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Tan Jing Kai di atas penerimaan Anugerah Khidmat Setia daripada Persekutuan Pengakap Negeri Pulau Pinang Tahun 2020.


ANUGERAH KHIDMAT SETIA
(Bentuk : Sijil dan Ribben)

Anugerah Khidmat Setia dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat setia yang terpuji kepada PPM Negeri Pulau Pinang.

Anugerah Khidmat Setia terdiri daripada pita dada dengan lebar 34.00 mm.

error: Content is protected !!