





Pematuhan setiap orang terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Kekal di rumah, amalkan jarak sosial yang selamat, jaga kebersihan diri secara optimum dan kerap mencuci tangan dengan sabun.

Bendahari Kumpulan (Bahagian Kewangan) akan menghantar emel notis penerimaan penyataan dan resit electronik (E-Resit) kepada ahli pengakap selepas menerima bayaran.
Peringatan Mesra
Yuran TIDAK AKAN dikembalikan setelah pembayaran dibuat.
Notis dan E-Resit akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan pada portal Pendaftaran Keahlian Pengakap 2020. Buka emel tersebut dan klik pada lampiran, cetakan E-Resit tersebut JIKA PERLU.
Sekiranya pihak Tuan atau Puan (Ibubapa) memerlukan penjelasan lanjut tentang pembayaran bagi Yuran Tahunan 2020 dan Pendaftaran Keahlian Tahunan 2020 , anda boleh menghubungi kami ataupun dapatkan bantuan melalui Perkhidmatan KBK (Khidmat Bantuan Kumpulan).
Untuk membolehkan anda sentiasa terlibat dalam Aktiviti Kumpulan/ Daerah/ Negeri/ Negara, anda akan menerima emel dari masa ke semasa, pastikan anda sentiasa KEMASKINI alamat emel anda dengan Bahagian Maklumat Kumpulan ataupun dapatkan maklumat TERKINI dengan melayari Laman Sesawang Rasmi Kumpulan https://40BM.scout.my.