Pulau Pinang dalam senarai PKPB

Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri dari 9 November hingga 6 Disember berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Selain itu katanya, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan daerah-daerah yang terjejas di Sabah juga akan dilanjutkan selama 28 hari lagi.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Leave a Reply

error: Content is protected !!