PENGAKAP
Marilah kita bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang
Amalkan Undang-undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap, marilah kita menghidupkan suasana Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara dilanda wabak Covid-19.

Hargai keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bersama-sama kita menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang Ke-63.
Malaysia Prihatin membawa pengertian cukup mendalam tentang semangat perpaduan dan kerjasama rakyat Malaysia memerangi pandemik COVID-19.