Surat Makluman Kokurikulum Sepanjang PKPP

Aktiviti Kokurikulum secara bersemuka di sekolah diBENARkan

Aktiviti kokurikulum secara bersemuka di sekolah dibenarkan berkuatkuasa 1hb. September, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Kerajaan meluluskan garis panduan yang merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

“Antara Garis Panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa atau penjaga murid yang terlibat, pengunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal 1-3 meter bagi aktiviti statik, dan 3-5 meter bagi aktiviti dinamik.

 
 

“Aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi garis panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pendidikan sedia ada,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Garis panduan yang lengkap boleh didapati di laman Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan bermula 1hb. September 2020.

Leave a Reply

error: Content is protected !!